bersama cikgu romie

Platform ini dibangunkan sebagai pusat rujukan komprehensif bagi subjek Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) dan Lukisan Kejuruteraan, selaras dengan keperluan silibus KSSM serta kehendak peperiksaan SPM semasa.

Berteraskan prinsip “Memberi dari hati, semoga menjadi inspirasi”, setiap bahan yang disediakan bukan sekadar untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik, tetapi juga untuk membina kefahaman yang mendalam, keyakinan diri serta minat terhadap ilmu.

Semua kandungan merangkumi video pengajaran, nota berstruktur, latihan berfokus serta koleksi soalan percubaan SPM dari seluruh Malaysia. Setiap bahan disusun secara sistematik mengikut topik bagi memastikan proses pembelajaran yang tersusun, jelas dan berkesan.

Platform ini turut berperanan sebagai sumber rujukan profesional kepada para guru dalam memperkukuh kaedah pengajaran serta memperkaya pendekatan penyampaian di dalam bilik darjah.

Nota Profesional:
Semua video yang dipaparkan merupakan rakaman pengajaran sebenar yang dijalankan secara langsung di dalam kelas. Oleh itu, sebarang kesilapan kecil yang mungkin berlaku adalah tidak disengajakan. Sebarang pembetulan amat dihargai, dan pengguna boleh menghubungi (PM) Cikgu Romie untuk maklum balas lanjut.

Komitmen utama platform ini adalah untuk menyampaikan ilmu dengan penuh keikhlasan, ketelitian dan tanggungjawab agar setiap perkongsian memberi manfaat yang berpanjangan.

“Memberi dari hati, semoga menjadi inspirasi.”

Pembelian Peralatan ICT Pendidikan di sini :

CR Templete SS - Inspired by Cikgu Romie

CR Templete Set Square inspired by cikgu Romie.. set square telah di ‘custom’ bersama templete2 pilihan bg memudahkan murid melukis untuk kerja kursus.. so klu beli set square nie dah tak perlu beli templete lain.. set square ini juga lebih nipis berbanding set square yg berada di pasaran..

Grafik Komunikasi Teknikal, Lukisan Kejuruteraan